SELAMAT DATANG
KELAMAN BLOG KAMI


SEK.AGAMA DESA MAHKOTA,
RANTAU PANJANG, KOTA TINGGI,
JOHOR.

Wednesday, June 24, 2009

BERBAKTI KEPADA TANAH







19 Ogos 2009 ( Rabu). Berkat rajin dan usaha ,berbakti kepada tanah pastinya membuahkan hasil. Hampir 100 kilogram hasil Keledek yang ditanam di tepi kawasan sekolah, dapat di bahagi kepada penduduk Kg Rantau Panjang.Guru besar Ustazah Ropinah binti Hj.Yahya bersama guru-guru dan pelajar meluangkan sedikit masa memungut hasil keledek yang ditanam lima bulan lalu.
Hasil tanaman tersebut tidak dijual tetapi dibahagi-bahagikan kepada penduduk kampung dengan pengagihannya melalui pelajar sekolah dan penduduk yang melalui jalan besar hadapan sekolah. "Alhamdullillah kami warga sekolah dapat menuai hasil tanaman sebelum menjelang Ramadhan dan enak dibuat pengat sebagai juadah berbuka puasa".

Monday, June 15, 2009

JUBAH KONVOKESYEN


KAMI SEDIA MENYEWAKAN PAKAIAN JUBAH KONVOKESYEN UNTUK TADIKA,TAMAT DARJAH ENAM, DARJAH KHAS, IPTA, IPTS DAN LAIN-LAIN DALAM PELBAGAI SAIZ.
PERKHIDMATAN FOTOGRAFI BERPENGALAMAN JUGA DISEDIAKAN.
HUBUNGI : 013-7702810 - KAK PIN

Monday, April 27, 2009

WARGA SEKOLAH


USTAZAH RUSNANI BINTI HJ.MOHD.SALLEH ( GURU BESAR )
USTAZAH NORLIZA BINTI TUKIRAN (GURU PENOLONG KANAN)


USTAZAH SITI HAIDA BINTI OSMAN ( GURU PENOLONG )



SEKITAR AKTIVITI SEKOLAH



PENYAMPAIAN SUMBANGAN BASIKAL DARI MAIJ DISAMPAIKAN OLEH YB.DATUK ADHAM BIN BABA ( ADUN PASIR RAJA )

AKTIVITI YAASIN DAN TAHLIL GURU-GURU BERSAMA PERKUMPULAN WANITA DMRP
GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KEBUN SAYURDERETAN BASIKAL SUMBANGAN MAIJ UNTUK PELAJAR TERIMA KASIH MAIJ

visi:



Melahirkan Insan yang produktif , berketerampilan

serta berwawasan tinggi yang berteraskan Akidah Islam


MISI:

1.Memberikan Pendidikan berkualiti bagi melahirkan murid bestari yang berpegang teguh kepada ajaran agama Islam.
2.Mewujudkan amalan permuafakatan dan membentuk budaya kerja yang positif.
3.Memimpin pelajar kearah kecemerlangan diri selaras dengan hasrat falsafah Pendidikan Negara.
4.Memastikan prestasi kurikulum meingkat ketahap yang lebih tinggi.





Sekolah Agama Desa Mahkota



FALSAFAH SEKOLAH:
Semua murid yang menuntut di Sekolah Agama Desa Mahkota Rantau Panjang mempunyai potensi untuk berkembang maju dari segi intelek , emosi , rohani dan jasmani dengan tujuan mampu melahirkan rakyat dan individu yang berilmu , berakhlak mulia bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta mampu memberi sumbangan kepada keluarga , masyarakat dan negara.


OBJEKTIF:
• Melahirkan pelajar yang mengamalkan corak hidup berlandaskan Alquran dan As-sunah
• Meletakkan Sekolah Agama Desa Mahkota Rantau Panjang pada tahap yang dibanggakan oleh pelajar , guru , Masyarakat setempat dan Jabatan Agama Negeri Johor.
• Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan bagi memenuhi keperluan Negara dan ummah.


PIAGAM PELANGGAN :
#Memastikan semua pelajar dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran setiap hari.
#Memberikan layanan mesra , penerangan dan maklumat terkini dengan lengkap , tepat dan cepat kepada pelanggan.
#Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan dan teguran yang membina daripada semua pehak demi mempertingkatkan prestasi , Perkhidmatan dan kecemerlangan sekolah.
#Sedaya upaya memenuhi keperluan pelajar dan guru dalam jangkaan masa seminggu.








Guru-Guru Yang Pernah Bertugas Di Sekolah Ini



1. Hj.Rejab Bin Hj.Mohd Nor - 01 / 01 / 1959 hingga 31 / 12 / 1960
2. Hj.Abd Azib Bin Hj.Zainal - 04 / 01 / 1961 hingga 14 / 11 / 1965
3. Fathul Arifin Bin Busad - 15 / 11 / 1965 hingga 27 / 02 / 1967
4. Hj.Abd Latif Bin Ali - 01 / 03 / 1967 hingga 31 / 12 / 1971
5. Khairuddin Bin Ismail - 01 / 01 / 1971 hingga 24 / 02 / 1973
6. Hj.Kadimun Bin Sarlan - 25 / 02 / 1973 hingga 01 / 01 / 1975
7. Amir Bin Hj Jaafar - 03 / 01 / 1975 hingga 23 / 03 / 1982
8. Hj.Nasir Bin Anis - 24 / 03 / 1982 hingga 27 / 03 / 1984
9. Hj Alias Bin Haron - 4 / 04 / 1984 hingga 28 / 03 / 1987
10. Abd Samad Bin Misebah - 29 / 03 / 1987 hingga 15 / 09 / 1993
11. Aisyah Binti Ahmad - 16 / 09 / 1993 hingga 19 / 01 / 1994
12. Zulkefli Bin Kamdi - 20 / 01 / 1994 hingga 10 / 09 / 1996
13. Mohd Hassan Bin Md Ros - 11 / 09 / 1996 hingga 31 / 12 / 1996
14. Abd Rashid Bin Hashim - 01 / 01 / 1997 hingga 16 / 06 / 1998
15. Hj Ismail Bin Panachok - 17 / 06 / 1998 hingga 25 / 02 / 2004
16. Mazilah Bnti Niamat - 03 /01 / 1999 hingga 08 / 02 / 2001
17. Zainal Bin Ahmad - 09 / 02 / 2001 hingga 07 / 05 / 2003
18. Zainuddin Bin Asan - 26 / 02 / 2004 hingga 31 / 12 / 2006
19. Mohd Azhar Bin Yusuf - 01 / 01 / 2005 hingga 01 / 05 / 2006
20. Umar Abd Aziz Bin Shafie - 01 / 03 / 2006 hingga 28 / 02 / 2007
21. Hiasan Bin Panot - 01 / 01 / 2007 hingga 30 / 01 / 2008
22. Ropinah Binti Hj Yahya - 01 / 03 / 2007 hingga 16 Mac 2010
23. Siti HaidaBinti Osman - 28 / 01 / 2008 hingga sekarang
24. Sahrit bin Jawandi
25. Norliza binti Tukiran hingga sekarang
26. Rusnani binti Hj.Mohd.Salleh hingga sekarang



Edit and update by: Ust.Hj.Alias Haron SATSP